Tuesday 7 June 2011

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-204

BACAAN YAASIN DAN TAHLIL
Pada 24 Mac 2011 bertempat di Surau Ar - Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak telah diadakan satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Peringatan Hari Polis yang Ke – 204 yang dipengerusikan oleh ASP Ahmad Zainol B. Sudin. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt.Muhamad Zaki B. Harun, Ketua - ketua Bahagian, Pegawai - pegawai Kanan, Ketua - ketua Polis Balai dan semua anggota serta penghuni blok perumahan IPD Hilir Perak. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang semasa jamuan makan malam diadakan. Majlis bacaan yasin dan tahlil ini diadakan adalah untuk memohon kehadrat Allah S.W.T supaya pasukan PDRM ini menjadi sebuah pasukan yang terulung dan dihormati oleh masyarakat mahupun dunia serta mengenang jasa anggota Polis yang telah kembali ke Rahmahtullah ketika bertugas dalam menjaga keamanan dan ketenteraman Negara.

















SEMINAR INTEGRITI DAN PERKHIDMATAN BERKUALITI

Pada 25hb Januari 2011 bermula dari jam 8.30 pagi, satu program perasmian pembukaan Seminar Integriti dan Perkhidmatan Berkualiti telah dirasmikan oleh Supt. Mohamad Zaki Bin Harun, Timbalan  KPD Hilir Perak. 
Seramai 45 peserta yang hadir terdiri daripada Peg/Apr/KTA IPD Hilir Perak. Seminar ini bertujuan memupuk semangat berpasukan dan komited untuk mengurangkan kadar jenayah di Daerah Hilir Perak.  Program ini juga perlu diperluaskan lagi kepada semua anggota supaya penghayatan nilai integriti dan khidmat yang berkualiti diterjemahkan dalam setiap tindakan yang diambil oleh pihak polis. Perasmian penutupan dirasmikan oleh ACP Goh Kok Liang, Ketua Polis Daerah Hilir Perak. Majlis selesai pada jam 5.00 petang.




Para peserta begitu khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
oleh Tuan Zaki, T/KPD Hilir Perak.


Tuan Zaki, Timbalan KPD Hilir Perak, sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta.


 ACP Goh Kok Liang, KPD Daerah Hilir Perak menyampaikan cenderahati kepada 
ASP Hj Ahmad Zainol b. Sudin, Ketua BAKA Daerah Hilir Perak.


Bergambar bersama ACP Goh Kok Liang sebelum selesainya majlis.

Monday 6 June 2011

SOLAT JUMAAT HIGH PROFILE POLICING DI MASJID ABDUL SALAM AL-MAS'UD




Pada 14 Jan 2011 yang lalu, BAKA IPD Hilir Perak telah  mengatur Peg/Apr/Kta IPD Hilir Perak bagi menghadiri Solat Jumaat bersama masyarakat di Masjid Abdul Salam Al-Mas'ud, Kg. Sg. Kerawai, Teluk Intan.
Rombongan Pegawai-.Pegawai Kanan dan APR bertolak dari IPD Hilir Perak ke Masjid Kg. Sg.Kerawai pada jam 1245hrs dan sampai pada jam 1300hrs.
 
Rombongan tersebut diketuai oleh DSP Mokhtar Bin Hashim, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah..Selesai solat Jumaat para Pegawai dan anggota dari IPD Hilir Perak sempat berbual mesra dengan jemaah pada hari tersebut. Rombongan sampai balik ke IPD pada jam lebih kurang 1420hrs.














Friday 3 June 2011

KARNIVAL BUBUR 'ASYUARA SURAU AR-RAHMAN IPD HILIR PERAK

                                           KARNIVAL BUBUR 'ASYUARA

Program memasak bubur 'asyura di Perkarangan Surau Ar-Rahman IPD Hilir Perak secara gotong royong. Program tersebut dianjurkan  oleh caw BAKA. Acara memasak bubur asyura bermula pada jam 9.00 pagi. Program ini melibatkan semua warga IPD Hilir Perak. Suasana bertambah meriah lagi dengan adanya permainan sukan bolasepak, raga ratus, galah panjang dan acara kemuncak ialah tarik tali. Perlawanan akhir tarik tali diantara pegawai kanan polis melawan anak-anak Polis dan johan berpihak kepada Peg Kanan Polis.

Di dalam program tersebut Timbalan KPD, Supt Muhamad Zaki Bin Harun turut hadir dan turut terlibat di dalam sukan yang dijalankan. Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan anggota APR, Peg.Kanan Polis, KTA, PERKEP dan Anak-Anak Polis. Disamping program memasak bubur asyura , kutipan untuk Tabung Kelas KAFA SRAR Nahdhatul Ulum IPD Hilir Perak juga telah dijalankan . Majlis penutupan telah diadakan di Surau Ar-Rahman pada jam 8.45 mlm. Hadiah-hadiah  pemenang telah disampaikan oleh Timb KPD Hilir Perak.Program selesai pada jam 10.30 mlm. 
Gambar sekitar program tersebut seperti di bawah:










 








BENGKEL SMART SOLAT ANAK-ANAK WARGA IPD HILIR PERAK 2010

Bengkel SMART SOLAT untuk anak-anak warga IPD Hilir Perak telah diadakan pada 23hb dan 24hb Disember 2010 bertempat di Surau AR-Rahman IPD Hilir Perak. Seramai 25 orang anak-anak warga  IPD Hilir Perak yang hadir. Program ini di anjurkan oleh Cawangan BAKA IPD Hilir Perak bertujuan mendidik dan menyerapkan nilai-nilai Islamiah kepada semua anak-anak warga IPD Hilir Perak agar berjaya di dunia dan akhirat. Program ini dipenuhi dengan slot penerangan mengenai ibadah solat, dari segi amali dan teori, aktiviti riadhah serta Qiamullail. Sememangnya program ini mendapat pujian dan galakan yang baik daripada para ibubapa. Justeru, program sebegini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

                                              Penerangan yang cukup bertenaga daripada Us. Khairul Fahmi


                                                             Khusyuk betul adik-adik ni...bagus2!!

Gelak besar nampak...hahaha!!!


Us. Nizam, Us. Jazidi dan Us Amizam sedang bermuzakarah.

Thursday 2 June 2011

PERINGATAN MENGENAI DOSA-DOSA BESAR

GHIBAH (MENGUMPAT)
Perbuatan mengumpat sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini.

Pengertian Ghibah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Adakah kamu tahu apa itu ghibah?, mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata: "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya". Dikatakan, beritahulah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata: "Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah memfitnahnya." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Hibban)
           Imam al-Ghazali rahimahullah (meninggal 510H) mengatakan ghibah itu bermaksud:...engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya atau dunianya hatta pakaiannya, rumahnya atau haiwannya..' (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma'rifah)
           Ghibah boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain. Maka dengan ini, setiap perkara yang tidak disukai oleh seseorang sekiranya disebut tanpa kehadirannya, walau sekecil mana pun perkara itu, adalah dikira sebagai ghibah atau mengumpat. Oleh itu, berhati-hatilah!Hanya dengan menyebut satu kalimah atau isyarat sahaja kita boleh terjerumus dalam dosa mengumpat.
Renung-renungkan...dan Selamat Beramal..!!!