Thursday 2 June 2011

PERINGATAN MENGENAI DOSA-DOSA BESAR

GHIBAH (MENGUMPAT)
Perbuatan mengumpat sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini.

Pengertian Ghibah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Adakah kamu tahu apa itu ghibah?, mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata: "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya". Dikatakan, beritahulah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata: "Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah memfitnahnya." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Hibban)
           Imam al-Ghazali rahimahullah (meninggal 510H) mengatakan ghibah itu bermaksud:...engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya atau dunianya hatta pakaiannya, rumahnya atau haiwannya..' (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma'rifah)
           Ghibah boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain. Maka dengan ini, setiap perkara yang tidak disukai oleh seseorang sekiranya disebut tanpa kehadirannya, walau sekecil mana pun perkara itu, adalah dikira sebagai ghibah atau mengumpat. Oleh itu, berhati-hatilah!Hanya dengan menyebut satu kalimah atau isyarat sahaja kita boleh terjerumus dalam dosa mengumpat.
Renung-renungkan...dan Selamat Beramal..!!!


2 comments:

  1. takutnye rase ble bce artikel ni...dosa mulut tak terkiralah banyaknye...Astaghfirullah...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.... ustaz minta penjelasan dari ustaz. soalan saya,adakah dikira mengumpat jika kita ceritakan hal seseorang sambil kita tidak membuka aib tetapi sekadar untuk menghindarkan dari keburukan dan kejahatan ? terimakasih ustaz.

    ReplyDelete