TAZKIRAH

Assalamualaikum sidang pembaca yang dirahmati Allah. Mudah-mudahan kita sentiasa berada didalam perlindungan Allah taala.

Hadis ini menceritakan tentang dua golongan penghuni neraka.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah saw bersbda "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama,golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua,perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggang-lenggok waktu berjalan,menghayun-hayunkan bahu.Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya.Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.

*Penerangan :
pertama : golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat.
kedua : perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.Berpakaian dengan pakaian yng nipis dan jarang (sehingga nampak kulit badan) atau pakaian yang ketat (nampak susuk tubuh badan) atau berpakaian dengan secarik kain sahaja (mencorakkan bentuk aurat).